.
Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Seri Gombak. Sokongan daripada anda amat dihargai. Kami cuba memberi yang terbaik dan rajinkan diri anda untuk menjenguk ke laman ini. Segala cadangan dan pandangan positif amat dialu-alukan sekiranya ada sebarang pendapat. Sila hubungi kami di fath_aza@yahoo.com atau tinggalkan komen anda di ruang Jom Borak. Pastikan anda tidak menulis sebarang kata-kata yang berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Sama-samalah kita berkongsi pendapat dan nasihat yang berguna sebagai pedoman kita mengharungi masa-masa mendatang.

Wednesday, September 21, 2011

Persediaan Sebelum Peperiksaan

Persediaan Fizikal
  • Kesihatan ( tidur yang cukup / riadah / jaga pemakanan )
  • Keselamatan
Persediaan Mental
  • Hindari tanggapan negatif ( menyerah kalah sebelum berjuang / merasa belum bersedia / berharap yang terlalu tinggi )
  • Berfikiran positif
Persediaan Emosi
  • Mengelak diri dari ganguan emosi ( pertengkaran / perasaan marah / cinta / " overconfident " / berprasangka buruk )
  • Bertenang / yakin diri / bersedia lebih awal / bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tidak diingini
Persediaan Rohani
  • Ketenangan jiwa ( jangan tinggalkan perkara wajib seperti solat 5 waktu / perbanyakkan amalan sunat / mohon restu kedua ibubapa / banyakkan zikir / tinggalkan dan jauhi maksiat )

Kepentingan Ilmu



Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baikdan menjadikan seseorang itu ertaqwa dan cintakan Allah s.w.t. dan rasulnya . Firman Allah dalam al-quran (Al-Fathur : ayat 28 ) yang bermaksud : sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang yang berilmu
Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah : 11 )

Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam"

Bagaimana Mengenal Diri


Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !

Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :

Apa yang anda suka buat?
Apa yang perlu anda lakukan?
Apa yang penting buat anda ?
Kemahiran apa yang anda ada ?
Apakah tahap pendidikan anda ?
Latihan apa yang telah anda jalani ?
Pengalaman apa yang anda ada ?
Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?

Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :
Mengenal Diri Sendiri
Meneroka Pilihan
Membuat Keputusan
Mengambil Tindakan

Ingat !
Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat.


sumber:http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/terapi_psikologi_secara_kerohani.html

Hari Raya 1 Malaysia

Pada 19.9.2011 , Sambutan Hari Raya telah diadakan di Dewan PIBG SMK Seri Gombak . Pelajar yang terlibat dalam acara ini ialah dari kelas 4A , 4B , 4C , 4D , 4E , 1KRK dan 2 KRK . Majlis ini dipengerusikan oleh Nabilah Farhanah (4B) dan Iskandar Zulkarnain (4B) .


Nabilah dan Iskandar

Banyak persembahan telah diadakan diantaranya ialah deklamasi sajak oleh Alya Syafiqah (4B) dan Giri Raaj (4B) . Ada juga persembahan lakonan pelajar lelaki dari kelas (4B) yang bertajuk " Anakku Ghazali " . Pelajar pertukaran kita , Marlena Webb (4B) telah berkongsi pengalaman beliau dalam Bahasa Melayu . Hal itu sangat menakjubkan .


Alya dan Giri


" Anakku Ghazali "


Marlena Webb
Majlis diteruskan dengan jamuan . Pelajar-pelajar membawa makanan yang sangat menyelerakan . Pihak kantin juga tidak lupa menyediakan makanan untuk kami semua . Sekian .

Program Pertukaran Pelajar

Pada 15.7.2011 , Cikgu Roslina dan Cikgu Fatimah Az-Zahra menghadiri program pertukaran pelajar . Di sana , mereka berjumpa dengan pelajar yang akan masuk ke SMK Seri Gombak selama setahun iaitu Marlena Webb . Marlena akan mempelajari budaya dan cara hidup melayu di sekolah kita . Diharapkan para pelajar akan membantu Marlena untuk mempelajari budaya dan cara hidup di negara kita yang tercinta . Sekian



Cikgu Roslina dan Marlena Webb


Cikgu Fatimah Az-Zahra bersama 2 orang pelajar pertukaran.








Hari Malaysia


Pada 15.9.2011 , SMK Seri Gombak telah menyambut Hari Malaysia . Panitia Sejarah telah mengendalikan program ini dengan cukup mantap sekali . Mereka menyusun agenda dengan penuh teliti supaya para pelajar dan guru tidak bosan.

Dua orang pengerusi majlis yag cukup hebat mengendali program ini yaitu Nada Bt. Rahimi dari kelas 5A dan Muhammad Haziq dari kelas 5A . Program dimulakan dengan choir dari kelas 4A yang diconduct oleh Nur Shahirah Bt. Yahya dari kelas 4A . Acara diteruskan dengan bacaan sajak oleh Madiha Bt. Hassan (5B) dan Muhammad Faris B Nasir (4A) . Selepas itu , persembahan silat dan juga nyanyian trio . Acara kemuncak yang ditunggu ramai ialah lakonan Pentomin khas dari tingkatan 4 . Pentomin ini diarahkan oleh Nabilah Farhanah Bt. Mohd Azman (4B) . Pentomin ini mendapat pujian dari ramai cikgu .

Majlis berlansung dengan jayanya . Sekian.

Lawatan Pelajar Sarjana Pendidikan

LAWATAN PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN, KAMPUS KANTRALUCK,

UNIVERSITY THONBURI, BANGKOK

Ketibaan pelajar-pelajar University Thonburi disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar

Ucapan aluan disampaikan oleh Pn. Rahimah bt Omar, Pengetua SMK Seri Gombak


Penyampaian cenderahati tanda kenangan Lawatan ke sekitar kawasan sekolah

Pelajar-pelajar University Thonburi dan SMK Seri Gombak bergambar kenangan

Kem Jati Diri Kaunseling & PSS


Pada 18.6.2011 UBK SEMERBAK berkerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Kem Jati Diri , bertempat di Kem Sri Raudhah , Batu 12. Seramai 80 ahli UBK & PSS telah menyertai kem ini . Kem ini telah djalankan dari pukul 8.00 pagi hingga 6.30 petang . banyak acara yang telah dijalankan selama kem ini berlansung.

Banyak aktiviti telah dijalankan . Mereka memasuki hutan dan merentasi sungai serta memasak makanan sendiri apabila berada di dalam hutan . Ceramah motivasi juga diberikan oleh kaunselor . Seterusnya , mereka telah menjalani aktiviti Latihan Dalam Kumpulan . Aktiviti ini merapatkan lagi hubungan antara pelajar .

Majlis penutup dan penyampaian hadiah dijalankan dengan jayanya . Sekian


Taklimat diberikan sebelum masuk ke hutan

Guru UBK dan PSS

Pelajar memasuki hutan

Sampai di air terjun

Perpisahan Cikgu Ain dan Cikgu Syahran

Pada 22.4.2011 para guru SMK Seri Gombak telah mengadakan majlis perpisahan untuk dua orang kaunselor yang sudah menamatkan tempoh praktikalnya , Cikgu Ain dan Cikgu Syahran . Mereka telah memberi banyak sumbangan kepda sekolah walaupun mereka hanya sementara di sini.

Mereka adalah antara kaunselor yang sangat diminati murid-murid kerana sikap peramah yang sememangnya ada di dalam diri setiap kaunselor. Jasa mereka amatlah dihargai . Terima kasih cikgu .


Cikgu Noraini Ishak

Cikgu Mohd Syahran Che Mat

Tuesday, September 20, 2011

13 Rahsia Pelajar Cemerlang

  1. MAKLAMAT ATAU SASARAN . Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas . Mereka tahu apa tujuan mereka belajar . Mereka tahu berapa 'A' yang mereka mahukan . Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti , mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.
  2. PERCAYA . Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.
  3. TUMPUAN . Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji .
  4. PERANCANGAN . Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya . Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
  5. STRATEGI BELAJAR. Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai startegi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka mengamalkan pelbagai teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik. Di samping itu , mereka juga belajar secara berkumpulan.
  6. MENJAGA MASA . Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda. Subjek apa yang mahu dipelajari ? Bab berapa? Berapa lama belajar? Berapa banyak yang mahu dibaca? Dan sebagainya.
  7. PERGAULAN . Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang. Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain.
  8. PEMANTAUAN . Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka selesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.
  9. HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU. Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu , mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu objek.
  10. KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH. Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Hari ini mereka rajin belajar sehingga mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tetape esoknya mlas sekali. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda. Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit tetapi berterusan . Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya, mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.
  11. PERSISTENT. Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan jawaannya sama ada dengan bertanya pada guru , merujuk pada kawan , membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.
  12. SANGGUP BERKORBAN . Remaja mana tidak sukan hiburan dan keseronokan . Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup mengorbankan masa , tenaga , wang ringgit dan perasaan . Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat engan cinta monyet yang melalaikan.
  13. AGAMA NOMBOR SATU. Bagi pelajar beragama Islam , mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah. Mereka juga sedar kepetingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa upaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan . Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat tuhan.

Info Permohonan SBP , TEKNIK , VOKASIONAL

#Pengumuman

Kepada semua pelajar tingkatan 3 yang ingin memohon ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau ke SM TEKNIK / VOKASIONAL . Sila layari Laman Web KPM sekarang .

Permohonan ke SMT / SMV dibuka sekarang sehingga 19 DIS 2011.

Permohonan ke SBP berakhir pada 15 OKT 2011

Sila bertindak segera ! Keterangan lanjut sila berjumpa Kaunselor anda :)




Kem Perkasa Remaja

Pada 8.7.2011 hingga 9.7.2011 , UBK SEMERBAK telah mengadakan program Kem Perkasa Remaja di Kem Sri Raudhah , Batu 12 , Gombak. Seramai 50 orang pelajar lelaki telah menyertai kem ini. Kem ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar berdikari sambil itu menikmati keindahan alam semulajadi .

Banyak aktiviti yang dilakukan . Di sebelah petang , pelajar - pelajar merentasi sungai , memasuki hutan dan bermacam-macam lagi . di sebelah malam pula , kebanyakannya Latihan Dalam Kumpulan oleh kaunselor sekolah . Ceramah juga diadakan oleh ceramah jemputan . Di kem ini , mereka tidak masuk tidur awal kerana aktiviti sudah dijadualkan . Mereka perlu berjalan di dalam hutan . Aktiviti ini dipanggil "night walk" . Persembahan kebudayaan dilakukan pada malam ke dua . Banyak persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar lelaki .

Majlis penutup dijalankan bersama Pengetua sekolah SMK Seri Gombak , Puan Rahimah bt. Omar. Penyampaian hadiah bagi acara-acara yang diadakan selama kem ini dijalankan diadakan dengan penuh gelak tawa dan kegembiraan . Sekian.

Minggu Anti Dadah

Pada 4.4.2011 - 8.4.2011 , Minggu Anti Dadah telah diadakan . Pelancaran Minggu Anti Dadah ini dilancarkan pada 4.4.2011 . Acara ini turut disokong oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak (IPD Gombak) , Agensi Anti Dadah Kebangsaan Gombak (AADK Gombak) , Jabatan Bomba , Penjara Sg. Buloh dan Jabatan Kesihatan .

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Bin Abdullah telah merasmikan majlis ini . Beliau telah diarak masuk oleh Pasukan Kadet Polis sekolah . Diiringi oleh Pn . Rahimah Bt. Hj . Omar , Pengetua SMK Seri Gombak . Pengawas SMK Seri Gombak juga telah menyambut kedatangan beliau dalam barisan yang sungguh rapi .

Persembahan dari Unit Anjing Pengesan Dadah ( Unit k9 ) PDRM bersama beberapa orang pelajar India mendapat tumpuan ramai . Diikuti dengan persembahan koir dan 'choral speaking' dari pasukan sekolah SMK Seri Gombak .

Pameran-pameran dari pihak yang terlibat telah diadakan di Dewan PIBG SMK Seri Gombak . Para pelajar memperoleh banyak pengetahuan tentang dadah
, rokok , kemalangan jalan raya , penjara dan keselamatan diri . Pihak-pihak yang berkaitan menyediakan barang sebenar seperti tali gantung di penjara , jenis-jenis dadah serta barang-barang yang digunakan untuk menghidu gam .

Sambutan Minggu Anti Dadah ini dapat sambutan ramai . Diharap para pelajar dan guru dapat memanfaatkan pengetahuan yang telah diperolehi dalam aktiviti kali ini . Sekian.









Kursus Kepimpinan Pelajar

Pada 19.2.2011 , Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pelajar . Pengerusi , Setiausaha , Bendahari dan Ketua Kelas bagi setiap persatuan .

Kursus ini adalah untuk melatih para pemimpin supaya boleh mengendali persatuan masing-masing . Para Kaunselor dan guru-guru telah memberikan banyak tips dan cara-cara para pemimpin memimpin persatuan . Penceramah jemputan dari Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) telah memberi ceramah yang sangat berguna . Diharap para pemimpin dapat manfaat yang sangat besar dengan menjalani program ini . Sekian.

Latihan Kebakaran

Pada 16.2.2011 , Jabatan Bomba telah datang ke SMK Seri Gombak untuk mengadakan latihan kebakaran . Tujuan program ini diadakan adalah untuk melatih pelajar agar bertindak dengan cepat apabila berlaku kebakaran ataupun kecemasan . Pihak Bomba memperlihatkan cara-cara untuk memadamkan api , jenis-jenis pemadam api dan langkah-langkah keselamatan lain .




para pelajar bergegas lari ke padang sekolah



pihak bomba memberikan sedikit taklimat


Puan Zarina mencuba memadam api

Pihak bomba memberi tunjuk ajar kepada pelajar


Ahli Bomba menerangkan tentang Kenderaan Khas Bomba

Pihak Bomba banyak menunjukkan tunjuk ajar kepada pelajar dan guru-guru . Jutaan terima kasih diucapkan .

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Raya


Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seri Gombak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SEMERBAK :)