- MAKLAMAT ATAU SASARAN . Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas . Mereka tahu apa tujuan mereka belajar . Mereka tahu berapa 'A' yang mereka mahukan . Mereka juga tahu hendak mengambil jurusan apa semasa di universiti , mahukan kerjaya yang bagaimana dan sebagainya.
- PERCAYA . Pelajar cemerlang percaya mereka dapat cemerlang. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.
- TUMPUAN . Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu. Mereka juga memberikan tumpuan semasa melakukan ulang kaji .
- PERANCANGAN . Pelajar berjaya mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya . Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka.
- STRATEGI BELAJAR. Pelajar berjaya kerana mereka mempunyai startegi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap. Mereka mengamalkan pelbagai teknik mengingat dan teknik mengambil nota yang baik. Di samping itu , mereka juga belajar secara berkumpulan.
- MENJAGA MASA . Pelajar berjaya tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda. Subjek apa yang mahu dipelajari ? Bab berapa? Berapa lama belajar? Berapa banyak yang mahu dibaca? Dan sebagainya.
- PERGAULAN . Pelajar berjaya berbaik-baik dengan semua orang. Tetapi mempunyai hanya beberapa orang rakan karib yang berkongsi matlamat yang sama dan saling membantu antara satu sama lain.
- PEMANTAUAN . Pelajar berjaya sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat post-mortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka selesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.
- HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU. Pelajar berjaya rapat dengan guru-guru dan sentiasa tidak segan untuk bertemu dengan mereka bagi mendapatkan bantuan. Mereka tahu apa yang mahu ditanya dan cara memanfaatkan khidmat guru-guru yang ada. Namun begitu , mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu objek.
- KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH. Pelajar berjaya adalah mereka yang bukannya rajin hari ini tetapi malas esoknya. Hari ini mereka rajin belajar sehingga mengalahkan Nur Amalina Che Bakri tetape esoknya mlas sekali. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda. Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar. Buat sedikit tetapi berterusan . Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya, mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi.
- PERSISTENT. Pelajar cemerlang tidak mudah berputus asa dan berpuas hati selagi tidak dapat menyelesaikan masalah ataupun soalan yang susah serta mencabar minda. Mereka berusaha mendapatkan jawaannya sama ada dengan bertanya pada guru , merujuk pada kawan , membaca buku-buku tambahan dan sebagainya.
- SANGGUP BERKORBAN . Remaja mana tidak sukan hiburan dan keseronokan . Tetapi pelajar cemerlang dapat mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup mengorbankan masa , tenaga , wang ringgit dan perasaan . Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat engan cinta monyet yang melalaikan.
- AGAMA NOMBOR SATU. Bagi pelajar beragama Islam , mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah. Mereka juga sedar kepetingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa upaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan . Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat tuhan.
Selamat datang ke laman e-Kaunseling SMK Seri Gombak. Sokongan daripada anda amat dihargai. Kami cuba memberi yang terbaik dan rajinkan diri anda untuk menjenguk ke laman ini. Segala cadangan dan pandangan positif amat dialu-alukan sekiranya ada sebarang pendapat. Sila hubungi kami di fath_aza@yahoo.com atau tinggalkan komen anda di ruang Jom Borak. Pastikan anda tidak menulis sebarang kata-kata yang berunsur negatif yang boleh menyinggung mana-mana pihak. Sama-samalah kita berkongsi pendapat dan nasihat yang berguna sebagai pedoman kita mengharungi masa-masa mendatang.
Tuesday, September 20, 2011
13 Rahsia Pelajar Cemerlang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih cikgu :)
ReplyDeletetips kat post ni banyak membantu saya :D
sama2..sebarkan pada yang lain jg ye..
ReplyDelete